InAja.blogspot.com

 

 

 

 

 

-[ c.o.o.l l.i.n.k ]-

t.a.u.f.i.q P.M
t.a.r.o.i t.E.d.D.y b.E a.R
i.r.h.a.k.i.m
j.u.l.i.e m.U.l.I.E
n.A.w.a.L c.O.o.L
a.d.i.l.a s.E.m.P.o.i
a.J.a.N e.R.r.A
t.i.n.i.e
s.h.i.m.a a.Y.u
d.E.y.a w.A.r.D.i.N.a
n.i.s.a k.E.c.I.k
l.i.n.d.a i.N.n.O.c.E.n.T
h.a.z.r.a.t-a.l.i.s.a
a.D.e.K s.a.i.K.o
A.c.i.k-m.o.r.o.c
c.h.i.p.t.o-m.o.r.o.c
m.A.k a.N.d.E.h & b.R.o.O.d
k.A.k s.H.a - r.P.i



-[m..E.m..O.r.Y]-


a.l.b.u.m.-2
kay- wif-photoshop
gallery-ari-jadi-sya
gallery-fotopages-kay
gallery-birthday kak-afra
gallery-birthday adek
 

HiT mE !!!

Hit Counter

 

 


11 Nov, 2004

moon phases
 

Powered by Blogger

 

 

 

Friday, October 08, 2004

..........

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan. Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.
....

life is short...never know when will it end..so don`t miss any single minute in your life...live life to the fullest.....


Wednesday, October 06, 2004

ISTERI SOLEHAH

Hmmm....tak mudah rupanya...tapi tak susah sebenarnya..

Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada juga yang bile ader isteri macam takde isteri.. makan semua kene ambil sendiri....

Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga. Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah. Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan. Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya. Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran. Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian. Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak. Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

insaf kejap bace artikel ni dari raihana.weblog :)

Tuesday, October 05, 2004

lamanye...

lama jugak tak tulih ek??bzlah..bz like hell...but yes, last saturday due merpati sejoli telah di satukan...they now live at 10 st..hehehe,kechek & afra , really schweet together, i`ll pray for them semoga berkekalan hingga ke anak cucu...alhamdulilah,on that day, the whole friday nite burned by masaking at kak azu`s house for afra weeding and the next day bz be like one of the kak afra mak andam...ooo she look so damn preety..rase mcm die tuh miss arizona... so-look-like- raja sehari.... thanks to sya ngan adeklah yang dok tonyoh muke kak afra, but yes..she look great and preety and beautiful ..and sumelah...

aku??? nanti aku buat majlis kat msie besar-besar aku jemputlah korg...tunggu jelah kad jemputan dari beta...nyehehehhe....last saturday mmg meriah, ader kompang, ader silat, ader tepung tawar (even tak complete ;)),alhamdulilah..kak afra & kechek mmg di raikan bersugguh lelebih lagi dgn kehadiran kak ros pegawai jpa dan pegawai mara dari DC,then ader tetukar baju, acara bukak adiah and last event ialah suprised vidoe how their love grown yg di lakonkan oleh adek and tokei produce by anr nanz and kay`s production ( sounds familiar huh??? heheh) , alhamdulilah...

to kak afra..jadilah isteri yang solehah , moga dapat keredhoaan dari illahi..., kalau u tak tau pape..u tanye je i ekss :P, org berpengalaman ni beb...hehehhe and kecik..jadilah suami yang mithali...kitaorg dah nampak dah ciri-ciri suami berjaya kat ko nih...keep it up dude... moga korg di murahkan rezeki dan di lindungi ALLAH selalu..... ameen

ok..done wif cerite kak afra, the nite after kak afra weeding over, kite sume dibelanje oleh kak ros -pegawai jpa at sri melaka (mmg mahal waa ckp lu restourant nih!!!) and we all eat until the-pecah-the-perut-jugak... huahuahuhauhuahuaha.....thans to kak ros..love kak ros soo muchhhhhhhhhhhh

and yes..abihlah cerite ari sabtu...then come sunday, aiyak...mejority dak arizona exam on monday including the pengantin too..huhu..kesian pengantin ;P, tapi nak wat gani..redah jelah...this whole week..aku mmg bz tahap dewan, yesterday exam 313, today quiz 332 ...adehhh, esok 407 presentation , luse 332 exam and next monday will be 407 exam... yeah i know..takleh nak beronggeng weekend.. tak plan pun nak wat pape...kene study maa..hailah... malas di tahap gaban dah nih....adehhh...

here some of the pictures that i took






sesape nak tgk banyak lagi gambar gi kat memories =>gallery 2 =>kak afra& kechek